Monday, November 15, 2010

LANGKAH UNTUK MENGAWAL DIABETES

Berikut adalah langkah yang perlu diambil untuk mengawal Diabetes anda:
1. Gula adalah pantang yang terbesar. Mesti hindari gula. Jika tak boleh sila bertukar kepada pemanis tampa gula ( Stevia, lain-lain). Gula mesti dikira sebagai sumber karbohidrate yang tinggi jika terpaksa diambil maka pengambilan karbihidrate yang lain contoh nasi/mee/roti wajib dikurangkan dalam hidangan tersebut.
2. Jumlah karbohidrate mesti dikurangkan. Nasi/mee/roti mesti kurang. Pengambilan banyak tapi sekali sehaja tidak baik. Sila agihkan pengambilan karbohidrat kepada 2-3 kali sehari.
3. Senaman adalah wajib, paling tidak brisk walking 30min 3 kali seminggu. Tak perlu beli basikal yg mahal. Cuba fikir cara yang kita akan sentiasa lakukan dan senang untuk dilakukan. contohnya brisk walking sekeliling taman/padang selepas suboh.
4. Pengambilan ubatan yang betul. Jika anda sudah mengambil ubatan makan tahap maksimum, Metformin 1gm twice perday dan Daonil/Diamicron max, perlu tambah insulin. Insulin bukan bermakna kita sudah hampir pada tahap mati.
5. Galakan pengambilan insulin bila sudah mengambil 2 ubat oral maximum. Suntikan insulin mudah dibawa, senang dicucuk tidak menyakitkan.
6. Memantau tahap gula di rumah adalah terbukti akan menjadikan kawalan diabetes anda lebih terkawal berbanding menunggu lawatan doktor 3 -6 bulan sekali.
7. Group discussion: sila berbincang sesama pesakit diabetes terutama pesakit yang dapat mengawal diabetes mereka dengan baik. Banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.
8. Ingat target rawatan diabetes kita: Gula berpuasa <6, Tidak Puasa <8, Dua jam lepas makan <8, HbA1c: 6.5%, Tekanan Darah <130/80, Kolesterol LDL: <2.6mmol/l, Pemeriksaan tahunan pada mata, ECG,Urine, Kaki ( harian)

Sekian harap dapat mengawal diabetes dengan baik. Selamat mencuba