Monday, April 4, 2011

Cara Kedua Suntikan Insulin

Cara pertama: combinasi ubat makan dan suntikan Insulin sebelum tidur, dan naikan dose sehingga paras gula sebelum makan pagi baik ( < 6mmol/l dan tiada Hypo)...post yang dahulu

Cara Kedua: Combinasi Ubat dan suntikan Insulin 2 kali sehari Samada Intermediate acting ( Humalin N/Insulatard) atau Premixed Insulin ( Humalin 30/70 / Mixtard). Apabila kita menambah insulin terutama short acting insulin, maka ubat makan jenis sulphonylurea ( Daonil/Diamiron/Amiryl) mesti dihentikan kalau tidak HYPO akan berlaku. Bagaimana untuk optimized dose? Konsep Fixed Fasting Sugar First ( kawal darah sebelum makan dulu) dipakai iaitu uji tahap gula sebelum makan pagi, tengahari, malam dan pastikan ianya <6mmol/l.
Contoh 1: Pesakit DM dirawat dengan Metformin 1gm BD dan Suntikan Insulatard 12U dua kali sehari, tahap gula sebelum makan pagi : 5mmol/l, sebelum makan malam 15 mmol/l , apa yang perlu dilakukan.

Para pembaca boleh mencuba dan hantarkan ke kolum pentanyaan.