Saturday, March 5, 2011

Mengapa Takut Pada Suntikan Insulin

Ramai pesakit diabetes yang takut, tidak mahu menerima suntikan insulin. Punca utama saya rasa adalah takut pada jarum, risau ianya cerewet, tak pandai cucuk, takut hypoglycemia. Kebanyakan pesakit yang saya nasihat untuk memulakan suntikan menerima cadangan ini dengan baik.
Malah mereka berjaya mengawal HbA1c dengan baik selepas tambahan suntikan insulin. Apa yang dilakukan semasa sessi kauseling adalah membuktikan bahawa suntikan adalah mudah, tidak sakit dan membantu bukan menyusahkan. Jika pesakit terlalu takut, saya akan tunjukkan suntikan pada perut saya dulu ( dah banyak kali cucuk walaupun tak ada diabetes), kemudian suntikan pada pesakit dimana mereka sendiri yang cucuk. Kali pertama memanglah takut, gemuruh ada yang pucat, tetapi selepas merasai suntikan barulah mereka sedar bahawa SUNTIKAN TIDAK MENYAKITKAN.
Jadi sama-sama kita menyatakan bahawa SUNTIKAN TIDAK MENYAKITKAN.