Sunday, August 14, 2011

BUAH KURMA

Buah kurma adalah buah kegemaran rasulullah s.a.w. Mempunyai kandungan karbohydrate yang tinggi dan ringkas. Glycemic Index adalah 100 ( bersamaan dengan glucose) dan 5 biji kurma memberi sebanyak 114 kalori. Kandungi pottasium yang tinggi baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. amat sesuai untuk diambil semasa berbuka puasa. Tetapi AWAS untuk pesakit Diabetes:

1. Glecemic Index yang tinggi akan menyebabkan paras gula tinggi.
2. Pesakit kegagalan buah pinggang dilarang untuk mengambil kurma kerana pottassium yang tinggi merbahaya pada jantong.

Saranan saya untuk pesakit Diabetes yg ingin mengambil buah kurma:

1. Ikut sunnah secara total, iaitu Rasulullah akan mengambil sedikit kurma semasa berbuka bersama air dan terus solat. selepas itu kita boleh menjamah makanan yang berat.
2. cara diatas dapat mengimbang kesan ubat yang diambil semasa berbuka dan mengambil makan berat selepas solat maghrib.

Sekian

Jauhi Gula, Dekati stevia Biomanis.

Tuesday, August 9, 2011

BERPUASA UNTUK PESAKIT DIABETES

Kebanyakan pesakit Diabetes tidak digalakkan berpuasa ( Pandangan dari ADA), tetapi disebabkan amalan ini adalah jarang maka ramai pesakit islam masih mengamalkan puasa ramadhan dan ada yang juga berpuasa sunat. Disini saya senaraikan beberapa langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa menjalani puasa:

1. Berbincang dengan doktor anda adakah anda layak untuk berpuasa, dan apakah langkah yang perlu diambil.
2. Kawalan tahap gula mestilah baik walaupun bula ramadhan ( Fasting Blood sugar <6, Random Blood sugar <8m HbA1c <6.5%)
3. Untuk pesakit yang mengambil ubat makan Daonil atau Diamicron, sekiranya kawalan Diabetes sebelum puasa adalah baik, dinasihatkan untuk mengurangkan 20% ubatan semasa sahur. Contoh Daonil 10mg 2x sehari. Dose sepatutnya 10mg Berbuka dan 10mg sahur tetapi dose sahur dikurangkan 7.5mg, Diamicron 160mg 2X sehari, Sahur diturunkan kepada 120mg dan berbuka adalah sama.
4. Ubatan Metformin atau acarbose adalah sama , tak perlu ubah.
5. Sekiranya mengambil ubatan berlainan dose, yang banyak adalah waktu berbuka. Contoh Diamicron 160mg pagi, 80mg petang. Semasa bulan puasa adalah 160mg berbuka, dan 80mg semasa sahur.
6.Metformin hendaklah diambil selepas makan atau semasa makan berbuka atau sahur.
7.Diamicron atau Daonil hendaklah diambil sebelum makan. Cadangan saya masa berpuasa, ubat Diamicron atau Daonil diambil semasa berbuka tetapi berbuka hanya sedikit, dan selepas sembahyang maghrib baru makan nasi/berat. dan dose yang satu lagi adalah 30min sebelum sahur.
8. Menguji tahap gula lebih kerap semasa mula berpuasa terutama waktu tengahari untuk menghalang daripada serangan hypoglycemia.

9.Untuk mereka yang menerima suntikan satu kali sehari waktu malam ( Insulatard ON), suntikan ini masih sama iaitu jam 10malam.
10. Suntikan 2 x sehari adalah sebelum berbuka ( dengan dose yang banyak) dan sahur (dengan dose yang sedikit. Contohnya SC Premixed Humalin 30 U pagi dan 20Upetang, maka 30U disuntik setengah jam sebelum berbuka dan 20U setengah sebelum sahur. Sekiranya kawalah diabetes adalah baik sebelum berpuasa, anda disarankan menurunkan sedikit insulin semasa sahur contohnya 20U kepada 16 u sahaja dan uji paras gula semasa tengahari dan sekiranya paras gula tinggi untuk 3 x bacaan maka naikkan 2 unit.

11. Cara pemakanan perlu diubah dalam pengambilan karbohydrate. Semasa berbuka disarankan mengambil CHO yang mudah diserap contohnya Kurma denga air masak lalu tunaikan sembahyang maghrib. selepas itu baru makan nasi. Perlu diingat sekiranya pengambilan kurma berlebihan akan meningkatkan paras gula. Semasa sahur dicadangkan mengambil CHO komplex, Nasi, dsb.
12. Jauhi gula ringkas.
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA.