Thursday, October 7, 2010

APAKAH ADA BUKTI KABAIKAN STEVIA/BIOMANIS

Saya selalu dapati orang ramai akan percaya kepada perubatan alternatif apabila ada testimoni daripada pesakit yang menggunakan sesuatu herba/ubat dan mengatakan ianya baik tiada kesan sampingan. Ini adalah cara salah rakyat Malaysia membuat keputusan. Testimoni hanya akan datang dari pesakit yang ada kesan baik pada sesuatu ubat, bagaimana pula pada dengan individu yang mengambil ubat tetapi tiada kesan atau mengalami kesan sampingan, adakah mereka akan membuat kenyataan, adakah kenyataan mereka akan direkodkan dan dihebohkan. Tidak sama sekali. Yang akan tahu hanyalah para doktor yang merawat dan akan mendengar rentehan ini. Kesemua ubat/herbal apabila diambil akan ada kesan placebo, dimana kita akan merasa baik dan peubahan positive walaupun ianya bukan kesan ubat/herba berkenaan.
Bagaimana cara untuk mengetahui sesuatu ubat/herbal mempunyai kesan baik atau negatif. Kita terpaksa menjalani KAJIAN KLINIKAL atau mencari samada orang telah membuat kajian klinikal terhadap sesuatu ubat/herba, jangan main percaya sahaja pada testimoni. Kajian bermula pada kajian uaat/herba pada tikus dan mancari apa kesan pada badan nya, kemudian pada manusia normal, kemudian pada pesakit tertentu dan melihat kesan baik atau sampingan dan akhirnya randomized control trial dimana ubat/herba akan digunakan pada pesakit dan dibandingkan dengan Placebo ( ubat palsu) .
STEVIA/BIOMANIS telah menjalani ujian tahap 1 (pada tikus), Ujian Tahap 2 pada manusia biasa, ujian tahap 3, dan ujian tahap 4 . Kajian telah membuktikan STEVIA/BIOMANIS adalh selamat digunakan, tiada kesan sampingan kecuali jika alahan pada stevia, dan dapat mengawal tahap diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti. Ada banyak kesan lain seperti antioxidant, kurang uric acid, menjaga buah pinggang yang secara teorinya patut ada tetapi belum dapat dibuktikan lagi. setakat hari ini kajian positive terhadap tiga situasi diatas. Makan kita mesti beralih kepada STEVIA/BIOMANIS terutama untuk golongan Diabetes, Hypetension dan obesiti

No comments:

Post a Comment