Monday, December 13, 2010

RAWATAN SUNTIKAN INSULIN

Terdapat tiga jenis insulin yang ada di Malaysia:

1. Insulin bertindak pendek ( Short acting insulin) : contoh Actrapid, Humalin R. Warna: Jernih, Cara pemberian: Setengah jam sebelum makan.

2. Insulin bertindak sederhana ( Intermediate acting insulin): Contohnya: Insulatard, Humalin N. Warna: keruh putih. cara pemberian: Malam sebelum tidur.

3. Insulin analog short acting: Novo rapid. Boleh disuntik semasa hendak makan tak perlu tunggu setengah jam.

Terdapat campuran ubatan berkenaan:

1. Mixtard adalah campuran Intermediate acting insulin dan short acting insulin.
2. Premixed Humalin : Campuran Humalin N dan R.

suntikan insulin yang paling baik adalah short acting ( jernih) setiap kali sebelum makan tiga kali sehari dan satu suntikan intermediate acting malam sebelum tidur. Regime ini dinamakan BASAL BOLUS INSULIN.

Mulakan rawatan suntikan insulin awal ketika diabetes diluar kawalan.

Sunday, December 5, 2010

SUNTIKAN INSULIN UNTUK PESAKIT DIABETES

Ramai pesakit diabetes mengganggap suntikan insulin adalah kaedah terakhir untuk mereka bermakna maut sudah hampir. Konsep lama yang diperkenalkan olek doktor dulu semasa insulin susah utk di cucuk dan pengetahuan yang rendah.
1. Mengapa kita memerlukan rawatan insulin?
Type 2 diabetes disebabkan insulin tidak dapat bertindak pada tissu. Pada peringkat awal tahap insulin dalam darah adalah tinggi ( insulin resistant caused hyperinsulinemia). Akhirnya kelenjar pancrease menjadi letih dan tidak dapat menghasilkan insulin. Fenomena ini menyebabkan penyakit diabetes semakin sukar dikawal ( Diabetes is progressive disease). Suntikan insulin perlu kerana tahap insulin dalam darah berkurangan. Kita memerlukan suntikan insilin untuk merehatkan kelenjar pancrease dan berharap kelenjar ini bertahan lebih lama ( preserve pancreatic function)

2. Bila kita memerlukan suntikan insulin?
a) Jika paras gula terlalu tinggi . Pada keaadaan ini kelenjar pancrease tidak berfungsi dengan baik. Suntikan insulin penting pada saat ini untuk mengawal diabetes dengan segera dan memulihkan fungsi pancrease.
b) Kita sudah memakan dua ubat maksimum tapi HbA1c >8%. Tiada guna kita menambah ubat makan samada acarbose, avandia atau sitagliptin. insulin diperlukan.
c) semasa stress samada pembedahan. jangkitan kuman
d) Semasa mengandung.

Bertukarlah kepada konsep menerima suntikan insulin pada peringkat awal yang akan mengawal diabetes dengan baik pada peringkat awal dan bukannya apabila kita mengalami banyak masalah komplikasi baru berubah kepada insulin dimana kebanyakan masa adalah terlewat.

Jauhilah gula yang mengandungi fructose yang menyebabkan banyak penyakit kronik, beralihlah kepaa stevia biomanis dimana kita masih merasa manis tetapi tiada gula.

KAJIAN KLINIKAL STEVIA

1. Cardiovasc Hematol Agents Med Chem. 2010 Apr;8(2):113-27.
An evidence-based systematic review of stevia by the natural standard research collaboration.

Evaluation of two long-term studies (1 and 2 years in length, respectively) indicates that stevia may be effective in lowering blood pressure in hypertensive patients, although data from shorter studies (1-3 months) did not support these findings. A pair of small studies also report positive results with respect to glucose tolerance and response, although the relatively low methodological rigor of these experiments limits the strength of these findings. Further investigation is warranted in both indications

2. Pharmacol Ther. 2009 Jan;121(1):41-54. Epub 2008 Oct 27.
Stevioside and related compounds: therapeutic benefits beyond sweetness.
Department of Physiology, Faculty of Science, Mahidol University, Rama 6 Road, Bangkok 10400, Thailand. scvcs@mahidol.ac.th
Comment in:
Abstract
Stevioside, an abundant component of Stevia rebaudiana leaf, has become well-known for its intense sweetness (250-300 times sweeter than sucrose) and is used as a non-caloric sweetener in several countries. A number of studies have suggested that, beside sweetness, stevioside along with related compounds, which include rebaudioside A (second most abundant component of S. rebaudiana leaf), steviol and isosteviol (metabolic components of stevioside) may also offer therapeutic benefits, as they have anti-hyperglycemic, anti-hypertensive, anti-inflammatory, anti-tumor, anti-diarrheal, diuretic, and immunomodulatory actions. It is of interest to note that their effects on plasma glucose level and blood pressure are only observed when these parameters are higher than normal. As steviol can interact with drug transporters, its role as a drug modulator is proposed. This review summarizes the current knowledge of the pharmacological actions, therapeutic applications, pharmacokinetics and safety of stevioside and related compounds. Although much progress has been made concerning their biological and pharmacological effects, questions regarding chemical purity and safety remain unsolved. These issues are discussed to help guide future research directions

Friday, December 3, 2010

Rawatan Diabetes: Ubat Makan ( Oral Hypoglycemic agent)

Terdapat beberapa jenis ubat makan untuk diabetes:
1. METFORMIN: yang bertindak dengan meningkatkan rangsangan insulin pada tisu ( Increase Insulin sensitivity). Gula dalam darah akan menurun setelah banyak daripadanya telah digunakan oleh tisu. Metformin tidak menyebabkan hypoglycemia ( Keadaan kurang gula dalam darah). Kesan sampingan metformin adalah sedikit iaitu rasa loya atau tidak sedap perut. Selera makan kurang sebab rasa kenyang ini akan mengurangkan berat badan pesakit. Dose bermula 500mg dua kali sehari, dan boleh dinaikan kepada 1gm dua kali sehari setelah 2-4 minggu. Kajian menunjukkan ( UKPDS) bahawa ubat metformin amat baik untuk pesakit diabetes dan menjadi ubat pilihan pertama terutama untuk pesakit lebih berat badan. Metformin di kumuhkan ( excreted) oleh buah pinggang. Sekiranya fungsi buah pinggang tidak normal ( Serum Creatinine>150umol/l) ubat metformin di kurangkan dan dihentikan, risiko laktik acidosis jika diteruskan. Kadang-kadang saya terpaksa meneruskan metformin walaupun serum creatinine >150 tapi kurang 200umol/l disebabkan pesakit tiada pilihan ubatan lain sebagai gantian dan mereka tidak mahu suntikan insulin.

2. Daonil: bertindak dengan merangsang penghasilan insulin oleh pancreas. Insulin yang berfungsi untuk memasukkan gula dalam tisu menyebabkan paras gula menurun. Dengan ini salah satu kesan sampingan ubat ini adalah hypoglycemia. Dose Daonil bermula 5mg sekali sehari kepada 7.5mg dua kali sehari. Ubat ini juga dikumuhkan oleh buah pinggang dan tahap ubat ini akan meningkat jika fungsi buah pinggang tidak normal. Maka ubat Daonil juga metformin tidak sesuai untuk pesakit kerosakan buah pinggang.
Ramai pesakit dan setengah Doktor beranggapan bahawa ubat Metformin dan Daonil menyebabkan buah pinggang rosak. Ini adalah anggapan salah.

Bersambung... untuk ubatan Acarbose/ Avandia/Sitagliptin

Gula ( Sucrose= Glucose + Fructose) adalah punca banyak penyakit kronik, maka jauhi diri kita dari mengambil gula, beralih kepada pemanis tanpa gula stevia/biomanis.

TARGET RAWATAN DIABETES

Ramai dari pesakit diabetes hanya bersenang atau rasa sempurna apabila sudah berjumpa dengan doktor dan mendapat ubat. Kebanyakan mereka tidak tahu apakah target rawatan diabetes yang perlu dicapai. Malah tahap gula dalam darah pun mereka tak pasti berapakan tahap yang paling baik. Penglibatan pesakit dalam rawatan diabetes amatlah kurang, ini menyebabkan kawalan diabetes amat buruk. Disini saya sertakan target rawatan diabetes yang mesti dicapai oleh pesakit diabetes:
Target 1: Paras gula berpuasa < 6mmol/l
Target 2: Paras gula tak puasa <8mmol/l
Target 3: Tekanan Darah <130/80
Target 4: Tekanan Darah <125/75 jika air kencing kotor
Target 5: Purata gula HbA1c <6.5%
Target 6: Kolesterol LDL <2.6
Target 7: BMI 18-23
Target 8: Periksa Mata setahun sekali
Target 9: Periksa jantung ( ECG) setahun sekali
Target 10: Periksa air kencing setahun sekali
Target 11: Periksa kaki sentiasa

Sama-sama lah kita ingati target ini dan penuhi semangat yang saya akan capai target ini.

Monday, November 15, 2010

LANGKAH UNTUK MENGAWAL DIABETES

Berikut adalah langkah yang perlu diambil untuk mengawal Diabetes anda:
1. Gula adalah pantang yang terbesar. Mesti hindari gula. Jika tak boleh sila bertukar kepada pemanis tampa gula ( Stevia, lain-lain). Gula mesti dikira sebagai sumber karbohidrate yang tinggi jika terpaksa diambil maka pengambilan karbihidrate yang lain contoh nasi/mee/roti wajib dikurangkan dalam hidangan tersebut.
2. Jumlah karbohidrate mesti dikurangkan. Nasi/mee/roti mesti kurang. Pengambilan banyak tapi sekali sehaja tidak baik. Sila agihkan pengambilan karbohidrat kepada 2-3 kali sehari.
3. Senaman adalah wajib, paling tidak brisk walking 30min 3 kali seminggu. Tak perlu beli basikal yg mahal. Cuba fikir cara yang kita akan sentiasa lakukan dan senang untuk dilakukan. contohnya brisk walking sekeliling taman/padang selepas suboh.
4. Pengambilan ubatan yang betul. Jika anda sudah mengambil ubatan makan tahap maksimum, Metformin 1gm twice perday dan Daonil/Diamicron max, perlu tambah insulin. Insulin bukan bermakna kita sudah hampir pada tahap mati.
5. Galakan pengambilan insulin bila sudah mengambil 2 ubat oral maximum. Suntikan insulin mudah dibawa, senang dicucuk tidak menyakitkan.
6. Memantau tahap gula di rumah adalah terbukti akan menjadikan kawalan diabetes anda lebih terkawal berbanding menunggu lawatan doktor 3 -6 bulan sekali.
7. Group discussion: sila berbincang sesama pesakit diabetes terutama pesakit yang dapat mengawal diabetes mereka dengan baik. Banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.
8. Ingat target rawatan diabetes kita: Gula berpuasa <6, Tidak Puasa <8, Dua jam lepas makan <8, HbA1c: 6.5%, Tekanan Darah <130/80, Kolesterol LDL: <2.6mmol/l, Pemeriksaan tahunan pada mata, ECG,Urine, Kaki ( harian)

Sekian harap dapat mengawal diabetes dengan baik. Selamat mencuba

Friday, October 22, 2010

Kurang 20% daripada Pesakit Diabetes Di Malaysia Kawal Diabetes Dengan Baik, Mengapa?

Alasan mengapa diabetes tidak terkawal:
1. Pengambilan karbohidrate yang banyak. Apa itu karbohidrat (CHO). Ia bahan yang menyumbang kepada sumber tenaga. Contoh CHO adalah Gula atau makanan yang datang daripadanya, Nasi, Ubi, Kentang, Roti, Mee dan lain-lain yang berkait dengan makanan asas ini. Nasi yang berlebihan menjadi punca obesiti dan kawalan diabetes yang teruk. Bukan tidak boleh makan nasi, tapi jumlah yang betul. Pakar pemakanan selalu memberi nasihat jumlah nasi yang boleh dimakan. Saiz gengaman kita dua kali sehari. Tetapi jika kita juga mengambil mee, roti atau gula, jumlah ini mesti dipotong sebagai gantian CHO lain yang diambil

2. Konsep kalau tak makan Gula, akan mati, Tak larat, lesu atau perasaan lain. Ini sebenarnya berkait dengan ketagihan gula yang telah terbukti secara saintifik. Ini juga pendapat yang salah yang patut dilawan. Kalau diabetes diluar kawalan . mesti jauhi gula. Pernah Dato Dr Khalid Pakar Endocrinology yang tak asing, beliau menganggap pengambilan gula oleh pesakit diabetes adalah HARAM. Konsep yang sama digunapakai dalam pengambilan dadah, arak atau merokok yang jelas menyebabkan mudharat yang diharamkan oleh islam.

saya sekali lagi menyeru supaya bertukar dari Gula kepada STEVIA/BIOMANIS.

Thursday, October 7, 2010

APAKAH ADA BUKTI KABAIKAN STEVIA/BIOMANIS

Saya selalu dapati orang ramai akan percaya kepada perubatan alternatif apabila ada testimoni daripada pesakit yang menggunakan sesuatu herba/ubat dan mengatakan ianya baik tiada kesan sampingan. Ini adalah cara salah rakyat Malaysia membuat keputusan. Testimoni hanya akan datang dari pesakit yang ada kesan baik pada sesuatu ubat, bagaimana pula pada dengan individu yang mengambil ubat tetapi tiada kesan atau mengalami kesan sampingan, adakah mereka akan membuat kenyataan, adakah kenyataan mereka akan direkodkan dan dihebohkan. Tidak sama sekali. Yang akan tahu hanyalah para doktor yang merawat dan akan mendengar rentehan ini. Kesemua ubat/herbal apabila diambil akan ada kesan placebo, dimana kita akan merasa baik dan peubahan positive walaupun ianya bukan kesan ubat/herba berkenaan.
Bagaimana cara untuk mengetahui sesuatu ubat/herbal mempunyai kesan baik atau negatif. Kita terpaksa menjalani KAJIAN KLINIKAL atau mencari samada orang telah membuat kajian klinikal terhadap sesuatu ubat/herba, jangan main percaya sahaja pada testimoni. Kajian bermula pada kajian uaat/herba pada tikus dan mancari apa kesan pada badan nya, kemudian pada manusia normal, kemudian pada pesakit tertentu dan melihat kesan baik atau sampingan dan akhirnya randomized control trial dimana ubat/herba akan digunakan pada pesakit dan dibandingkan dengan Placebo ( ubat palsu) .
STEVIA/BIOMANIS telah menjalani ujian tahap 1 (pada tikus), Ujian Tahap 2 pada manusia biasa, ujian tahap 3, dan ujian tahap 4 . Kajian telah membuktikan STEVIA/BIOMANIS adalh selamat digunakan, tiada kesan sampingan kecuali jika alahan pada stevia, dan dapat mengawal tahap diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti. Ada banyak kesan lain seperti antioxidant, kurang uric acid, menjaga buah pinggang yang secara teorinya patut ada tetapi belum dapat dibuktikan lagi. setakat hari ini kajian positive terhadap tiga situasi diatas. Makan kita mesti beralih kepada STEVIA/BIOMANIS terutama untuk golongan Diabetes, Hypetension dan obesiti

Tuesday, October 5, 2010

Bagaimana untuk mendapatkan BIOMANIS/STEVIA

Harga sebotol: RM59.90, satu sudu kecil ( sudu di MD) untuk secawan air, Harga secawan hanyalah 10 sen.
Satu Kotak RM200.00
Bayar pada: May Bank :113023194435 yati jusoh dan e-mail bukti bayaran pada zbnor@yahoo.com beserta dengan alamat yang tepat, barangan akan dihantar segera 

Mengapa Ramai Pesakit Diabetes Mengalami Komplikasi Di Malaysia?

Komplikasi Diabetes pada Buah pinggang dan amputation kaki adalah yang tertinggi didunia, soalannya mengapa tertinggi?
Punca 1: Kadar diabetes meninggkat di Malaysia dari 8.6% 1996 kepada 14.9% pada tahun 2006.
Punca 2: Kawalan diabetes adalah teruk di Malaysia. Bayangkan di Malaysia, daripada 100 orang pesakit Diabetes kurang dari 20 orang yang mengawal diabetes dengan baik.
Pesakit dan keluarga diabetes atau Kencing Manis mesti melakukan perubahan. Gula aalah sumber CHO yang teruk pada kesihatan, beralihlah kepada STEVIA, pemanis tanpa gula.

Monday, October 4, 2010

KOMPLIKASI PENYAKIT DIABETES

Penyakit Diabetes yang tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi diabetes, antara komplikasi adalah:

1. Penyakit Buah Pinggang ( Diabetic Nephropathy). Kesan awal adalah air kencing kotor ( Microalbumin, albumin), kemudian tahap racun dalam darah meninggkat akhirnya terpaksa dirawat secara DIALISIS sepanjang hayat. 58% daripada pesakit Kegagalan Buah Pinggang di Malaysia adalah terdiri daripada pesakit diabetes. Ini adalah antara yang tertinggi didunia.



2. Rabun Mata/Buta ( Diabetic Retinopathy). Cuba yanya diri kita berapa ramai saudara mara kita, ibubapa kita atau kita sendiri yang mengalami masalah mata yang disebabkan oleh penyakit Diabetes. Jawapanya adalah ramai. Hinggakan Klinik Mata di Hospital tak cukop kerusi untuk diisi semasa hari klinik.

3. Leg Amputation ( Kaki Kudung): disebabkan jangkitan kuman, aliran darah tak baik pada pesakit diabetes.

Bersama kita amalkan PEMANIS TANPA GULA, STEVIA/BIOMANIS untuk mengelakkan dari Penyakit Diabetes atau mengawalnya.

PENYAKIT DIABETES DI MALAYSIA edisi 1

Kajian di Malaysia pada tahun 2006 menunjukkan Kadar Penduduk Malaysia yang mengidap Diabetes adalah 14.9%. Ini adalah peningkatan yang mendadak berbanding tahun 1996 dimana kadar adalah 8.6%. Peningkatan ini patut ditakuti oleh rakyat Malaysia kerana didalam 100 orang yang anda jumpai, 15 orang dari mereka adalah mengidap penyakit Diabetes. Dari kajian ini juga separuh dari mereka tidak menyedari yang mereka adalah pengidap Diabetes sehingga ujian dilakukan keatas mereka. Pengidap diabetes bukan hanya terdiri dari gulongan tua kerana gulongan muda juga terdedah kepada penyakit Diabetes.

Mengapa kejadian diabetes ini meninggi begitu mendadak???
Cara kita makan, cara kita bekerja, berapa banyak senaman yang kita lakukan, tubuh kita adalah kecil dengan pengambilan makanan harian kita, jenis makanan kita, pernah kita ambil kira berapa banyak karbohidrate yang kita ambil berbanding dengan aktiviti yang kita lakukan.

oleh itu sama-sama kita sedari bahaya penyakit diabetes yang merebak dengan cepat tampa kita sedari. Ianya berkait dengan pengambilan CHO/GULA yang tinggi.
HINDARI DIABETES, KAWAL DIABETES, JAUHI GULA, BERALIH KEPADA STEVIA PEMANIS TANPA GULA