Sunday, December 5, 2010

SUNTIKAN INSULIN UNTUK PESAKIT DIABETES

Ramai pesakit diabetes mengganggap suntikan insulin adalah kaedah terakhir untuk mereka bermakna maut sudah hampir. Konsep lama yang diperkenalkan olek doktor dulu semasa insulin susah utk di cucuk dan pengetahuan yang rendah.
1. Mengapa kita memerlukan rawatan insulin?
Type 2 diabetes disebabkan insulin tidak dapat bertindak pada tissu. Pada peringkat awal tahap insulin dalam darah adalah tinggi ( insulin resistant caused hyperinsulinemia). Akhirnya kelenjar pancrease menjadi letih dan tidak dapat menghasilkan insulin. Fenomena ini menyebabkan penyakit diabetes semakin sukar dikawal ( Diabetes is progressive disease). Suntikan insulin perlu kerana tahap insulin dalam darah berkurangan. Kita memerlukan suntikan insilin untuk merehatkan kelenjar pancrease dan berharap kelenjar ini bertahan lebih lama ( preserve pancreatic function)

2. Bila kita memerlukan suntikan insulin?
a) Jika paras gula terlalu tinggi . Pada keaadaan ini kelenjar pancrease tidak berfungsi dengan baik. Suntikan insulin penting pada saat ini untuk mengawal diabetes dengan segera dan memulihkan fungsi pancrease.
b) Kita sudah memakan dua ubat maksimum tapi HbA1c >8%. Tiada guna kita menambah ubat makan samada acarbose, avandia atau sitagliptin. insulin diperlukan.
c) semasa stress samada pembedahan. jangkitan kuman
d) Semasa mengandung.

Bertukarlah kepada konsep menerima suntikan insulin pada peringkat awal yang akan mengawal diabetes dengan baik pada peringkat awal dan bukannya apabila kita mengalami banyak masalah komplikasi baru berubah kepada insulin dimana kebanyakan masa adalah terlewat.

Jauhilah gula yang mengandungi fructose yang menyebabkan banyak penyakit kronik, beralihlah kepaa stevia biomanis dimana kita masih merasa manis tetapi tiada gula.

No comments:

Post a Comment