Friday, December 3, 2010

Rawatan Diabetes: Ubat Makan ( Oral Hypoglycemic agent)

Terdapat beberapa jenis ubat makan untuk diabetes:
1. METFORMIN: yang bertindak dengan meningkatkan rangsangan insulin pada tisu ( Increase Insulin sensitivity). Gula dalam darah akan menurun setelah banyak daripadanya telah digunakan oleh tisu. Metformin tidak menyebabkan hypoglycemia ( Keadaan kurang gula dalam darah). Kesan sampingan metformin adalah sedikit iaitu rasa loya atau tidak sedap perut. Selera makan kurang sebab rasa kenyang ini akan mengurangkan berat badan pesakit. Dose bermula 500mg dua kali sehari, dan boleh dinaikan kepada 1gm dua kali sehari setelah 2-4 minggu. Kajian menunjukkan ( UKPDS) bahawa ubat metformin amat baik untuk pesakit diabetes dan menjadi ubat pilihan pertama terutama untuk pesakit lebih berat badan. Metformin di kumuhkan ( excreted) oleh buah pinggang. Sekiranya fungsi buah pinggang tidak normal ( Serum Creatinine>150umol/l) ubat metformin di kurangkan dan dihentikan, risiko laktik acidosis jika diteruskan. Kadang-kadang saya terpaksa meneruskan metformin walaupun serum creatinine >150 tapi kurang 200umol/l disebabkan pesakit tiada pilihan ubatan lain sebagai gantian dan mereka tidak mahu suntikan insulin.

2. Daonil: bertindak dengan merangsang penghasilan insulin oleh pancreas. Insulin yang berfungsi untuk memasukkan gula dalam tisu menyebabkan paras gula menurun. Dengan ini salah satu kesan sampingan ubat ini adalah hypoglycemia. Dose Daonil bermula 5mg sekali sehari kepada 7.5mg dua kali sehari. Ubat ini juga dikumuhkan oleh buah pinggang dan tahap ubat ini akan meningkat jika fungsi buah pinggang tidak normal. Maka ubat Daonil juga metformin tidak sesuai untuk pesakit kerosakan buah pinggang.
Ramai pesakit dan setengah Doktor beranggapan bahawa ubat Metformin dan Daonil menyebabkan buah pinggang rosak. Ini adalah anggapan salah.

Bersambung... untuk ubatan Acarbose/ Avandia/Sitagliptin

Gula ( Sucrose= Glucose + Fructose) adalah punca banyak penyakit kronik, maka jauhi diri kita dari mengambil gula, beralih kepada pemanis tanpa gula stevia/biomanis.

No comments:

Post a Comment