Monday, December 13, 2010

RAWATAN SUNTIKAN INSULIN

Terdapat tiga jenis insulin yang ada di Malaysia:

1. Insulin bertindak pendek ( Short acting insulin) : contoh Actrapid, Humalin R. Warna: Jernih, Cara pemberian: Setengah jam sebelum makan.

2. Insulin bertindak sederhana ( Intermediate acting insulin): Contohnya: Insulatard, Humalin N. Warna: keruh putih. cara pemberian: Malam sebelum tidur.

3. Insulin analog short acting: Novo rapid. Boleh disuntik semasa hendak makan tak perlu tunggu setengah jam.

Terdapat campuran ubatan berkenaan:

1. Mixtard adalah campuran Intermediate acting insulin dan short acting insulin.
2. Premixed Humalin : Campuran Humalin N dan R.

suntikan insulin yang paling baik adalah short acting ( jernih) setiap kali sebelum makan tiga kali sehari dan satu suntikan intermediate acting malam sebelum tidur. Regime ini dinamakan BASAL BOLUS INSULIN.

Mulakan rawatan suntikan insulin awal ketika diabetes diluar kawalan.

No comments:

Post a Comment